Citer negaraJuly 3, 2007 8:44 am

Aku sudah balik dari Pasir Gudang.

Sepanjang perjalanan aku atas motor, aku masih tak boleh hilangkan kemenyampahan  aku terhadap adun mana entah, aku pun tak pasti. Yang aku pasti, adun tu sibuk melagakkan Sultan itu "payung kerajaan" di Buletin 1.30 tengah tadi.

Itu aku tahu. Pak Melan tahu. Bibik tahu. Datuk K tahu. K.Subramaniam tahu. Siong tahu. Lee Kuan Yew pun tahu… malah semua orang pun tahu. Tak usahlah engkau mengenceskan air liur engkau itu di meja mesyuarat kabinet itu dengan menengking-nengking adun dari Kota Kinabalu itu. Aku percaya adun Kota Kinabalu itu sungguh positif berkenaan perihal Sultan Kedah yang terpaksa berjalan kaki lebih dari 45 minit semata-mata untuk ke stadium hari tu.

Sekarang, aku ingin bertanya kepada engkau wahai adun dari mana entah: 

Bukankah apa yang ditunjukkan oleh Sultan itu satu semangat yang Malaysia  cari selama ini?

Bukankah ini yang dinantikan oleh kita iaitu untuk melihat stadium penuh pada perlawanan bola berbanding hanya sebilangan sahaja yang datang?

Bukankah ini satu petanda baik menunjukkan Sultan berjiwa rakyat? Sebenarnya, Baginda tahu yang rakyatnya menanti beliau di dalam stadium itu!

Adakah pihak kerajaan negeri dan FAM boleh meramal masa hadapan? Mereka bukan ada mukjizat! 

Sultan tidak murka didalam televisyen, mengapa engkau yang sibuk? Kenapa engkau negatif? Kenapa engkau suka menyalahkan orang lain? Kenapa engkau tuding sana? tuding sini? Entah-entah, engkau pun tak datang ke stadium malam itu? Atau tidak langsung melihatnya di televisyen?

Engkau tahu apa perasaan rakyat Kedah bila mana mereka mendapat tahu Sultan mereka berjalan kaki untuk menyokong pasukan bola sepak tempatan? Daulat Tuankuuu!!!

Mengapa engkau suka memperbesarkan hal yang sudah lepas dan tidak disengajakan? Ini bukanlah satu kesalahan yang patut dilihat dari sudut kenapa tiada pengurusan lalulintas hari itu, mahupun kedaulatan… malah ini adalah soal seorang Sultan yang berjiwa rakyat!

Kalaulah Pele (legenda bolasepak) ada pada masa Sultan berjalan kaki itu hari, aku rasa beliau tidak akan pelat untuk bercakap Daulat Tuanku! Malahan, pele sendiri akan membawa balik cerita ini ke negara mererka dengan bagitu megah sekali seperti ini "Ini adalah satu-satunya negara yang mempunyai seorang Sultan yang sanggup berjalan kerana terpaksa berhadapan dengan traffic yang amat sangat…niatnya cuma satu, kerana ingin melihat perlawanan bolasepak!"

 Rasa-rasa engkau, kalau beginilah senario adu domba tempatan, sampai bilakah kita boleh melihat stadium kita penuh?

Engkau jawab sendiri…………. berantakan barangkali….

Citer aku 12:44 am

Aku perkenalkan diri aku.

Nama aku Sayur.

Aku suka makan sayur tapi aku malas potong sayur. Ini adalah blog Melayu aku yang pertama. Aku buat blog nie sebab aku nak raikan 50 tahun merdeka. Aku adalah seorang blogger yang best. Aku buat duit dengan blogger. Aku tak banyak membaca tapi aku suka membaca fikiran orang. Aku suka baca kelemahan orang sebab aku tahu aku lemah. Aku hensem jugak tapi tak sehensem Magnum P.I.

Bukan aku tak suka blog berbahasa Melayu, tapi aku memang lemah dalam bahasa Inggeris. Sebab tu aku punya blog semua dalam bahasa Inggeris. Biar aku pandai sket. Tapi, sekarang aku dah pandai banyak. Aku tak suka banyak songeh, tapi aku suka tengok songeh orang. Macam aku kata tadi, aku suka baca fikiran orang.

Saper tu orang? Engkau ker aku? Kalau engkau rasa itu adalah engkau, kau tunggu…..! hah…hah…hah….

Aku nak pergi Pasir Gudang dulu. nak amik kamera. Anak sedara aku nak buat kerja sekolah pasal kajian tempatan. Tolong anak sedara sendiri, bagus lah tu kan. Kang balik aku sambung…..