Aku sedang mencari lagu-lagu lama di Youtube dan tetiba aku ternampak link ini di page yang aku nak cari. Aku tau yang lagu ini ditujukan kepada perempuan Melayu. Entah kenapa aku terpanggil untuk mengulas cerita-ceritu mengenai isu Melayu. Cilaka… aku malu. Dan kedapatan dalam benak aku satu gurindam untuk perempuan-perempuan ini. Ambik kau….

Perempuan,

Apa saja yang kau mahu?

Satu-persatu engkau buru,

Serakah …. cinta…nafsu,

Lembaran hidupmu penuh liku,

Bagai bintang yang seribu,

Berkelip dan terus berkelip di bawah lampu disko itu.

Perempuan,,

Aku lelaki… engkau tahu itu,

Aku Melayu… engkau pun Melayu.. itu pun engkau sudah tahu,

Barangkali sudah sangat dan sudah terlalu,

Nama itu disebut, dikata, digantung, dan dibuku,

Sebab itu engkau sangat layu~~~….. 

Nasihat aku… kalaulah engkau tahu apa itu Me-nyegar, pasti engkau takkan jadi begitu…….!

Lagi sekali aku katakan,  ini adalah untuk perempuan… bukan wanita!